JADUAL KELAS MASAKAN DI TELUK INTAN, PERAK DI ITA ROHAYA BAKERY-012-5323552

JADUAL KELAS MASAKAN DAN HIASAN KEK DI ITA ROHAYA BAKERY TELUK INTAN

Salam semua. Ramai yg sms/inbox kat fb bertanya jadual kelas dan harga kelas di ita rohaya bakery. Ok kat sini ita senaraikan semua harga kelas yg akan ita anjurkan ya. Tarikhnya InsyaAllah ita akan bgtau kemudian.
1.Kelas aneka talam part1-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan 2 resepi free. 1.Talam keladi 2.Talam sekoteng 3.Talam cendol 4.Talam roti paun 5.Talam jagung 6.Talam suji 7.Talam puding marble 8.Talam gula merah 9.Talam tokyo 10.Serimuka pandan dan 2 resepi free

2.Kelas aneka talam part2-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan bingka dan 2 resepi free. 1.Talam ubi kayu 2.Talam sago banjar 3.Talam labu berlauk 4.Talam mak dara 5.Bingka ubi 6.Bingka labu 7.Bingka tepung beras 8.Koleh kacang 9.Kasui Nyonya 10.Serimuka pulut hitam dan 2 resepi free

3.Kelas aneka tart-RM120 Hands on
Module- 5 jenis tart 1.Cheese tart 2.Egg tart 3.Fruit tart 4.Coconut Tart 5.Coklat tart

4.Kelas hiasan kek kahwin-RM200 Hands on
Module- Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan utk bunga. Hias kek dr kek kosong hingga kek menjadi cantik. sebiji kek yg telah di hias akan di bawa pulang

5.Kelas hiasan kek coklat ganache-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 bancuhan coklat utk hias kek dan utk buat bunga. Hias kek sehingga menjadi kek coklat yg penuh dgn coklat.

6.Kelas hiasan kek steambuttercream 2 tingkat-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan bunga. Di ajar cara steamkan cream dan cara2 salut kek dan hias kek. sebiji kek akan di bawa pulang.

Resepi Kuih Peneram aka Telinga Keling yg paling sedap(bg Ita la)

Salam semua....
rupa tiada tp rasa alhamdulillah. lain kali akan cuba perbaiki teknik membentuknya

Hari ni terajin sikit update blog, bukan apa kesian kat blog ni tak berupdate langsung. Nampak tak gambar kuih tu. Kuih tu sebenarnya dulu2 ita tak suka makan sebab tgk rupanya yg hitam tu. Tapi sejak Abang(Long) pada abah ita bawak ke rumah kami satu masa dulu terus jatuh suka kat kuih ni. Masa tu dia bgtau kuih tu jiran dia Makcik Enah yg bagi. Ketika tu tak pernah ambik tau mcm mana nak buat atau nak tanya resepi ke, yg tau makan ja. Sekarang ni selalu beli kat byk tempat tp tak pernah dapat rasa yg sama mcm Makcik Enah buat, ada yg keras sgt la, manis sgt la, tak kena pada tekak(tekak Ita la ya.hehehe).

9.9.2012 hari tu Ita p kenduri kat Kuala Selangor kahwin cucu Long(Abg pd abah Ita) terjumpa la ngan Makcik Enah yg buat kuih ni yg Ita suka sgt tu. Apalagi ita bodek la resepinya, Alhamdulillah dia pun kongsikan ngan Ita resepi yg mudah sgt rupanya

Mula2 buat tu takut jgk tak jadi sebab ambik resepinya tak tanya lebih2 mcm la pandai sgt nak buat sebab mcm lembik ja adunan tu. Pesan makcik Enah bancuh awal perap dlm 6-7 jam dulu, klu nak goreng pagi bancuh adunan tu mlm.Lepas 7 jam tu tgk alamak lembik lagi adunan ni, dlm hati habis la kuih aku ni. Tu la pandai sgt tak tanya habis2. Nak membentuk tak pandai lagi mcm mana, akhir sekali bantai aja la. Mula2 masyaAllah teruk betul rupa kuih aku, tp dah smpi 5 ketul baru la ada rupa sikit.

resepi idaman 

Ok mari kita teliti resepinya....

Kuih Peneram aka Kuih Telinga Keling
 Resepi: Makcik Enah (Terima kasih Makcik)

Bahan A
4 cawan tepung beras
2 tbsp tepung gandum

Bahan B
1 cawan gula merah
1 cawan gula kasar
1 cawan air

Cara2
1. Gaul sebati kedua2 tepung.
2. Masak semua bahan B sehingga gula hancur shj, jgn lama sgt.
3. Masukkan bahan B masa tgh panas2 tu ke dalam tepung tadi dan gaul dgn senduk hingga sebati.
4. Perap adunan tadi selama 6-7 jam
5. Panaskan minyak hingga betul2 panas sebab klu tak panas kuih jd tak cantik dan tak timbul masa menggoreng.
6. Masa menggoreng tu hati2 sebab kuih cepat jadi hangit sebab minyak panas sgt(pandai2 la kawal api jgn smpi kuih hitam legam ya)
7. Bentukkan kuih tu ikut suka la ya sebab ita pun tak berapa pandai sgt lagipun adunan yg lembit susah sikit nak bentuk.
 



12 comments :

darul tahzhib said...

salam kak sye nk tny sya dh cube buat cucur peneram tu tp adunan sya mase bubuh air gula dgn tepung tu jd lembut snag gaul..tp bila sya perapkan dlm 30minit adunan tu jd keras..knp ya pastu sya try gorang tgk jd hncurt

aien sary said...

Kalau perap terlebih masa sampai 12jam ke, cmne ye, masih ok ke dah tak boleh...

Ita Rohaya Bakery said...

aien sary~ akak mmg tak pandai sgt lagi ngan kuih ni tp bg akak takde masalah rasanya. klu perap sekejap mmg tak jadi kuih ni

nurul insyirah said...

kena perap lebih dari 3 hari baru jadi

Anonymous said...

tepung beras tu pakai tepung beras pulut ke tepung beras biasa?

Anonymous said...

kakak!dalam banyak banyak resipi kuih peneram saya carik.kuih kakak yg paling buruk.. :)

Anonymous said...

bruk xbruk tu biasa la bg yg beginner..jnji rsa dia sdap..dh byk kali buat cntik le kann..hihi..

nur eman said...

Macm sdap je... tkot x jdi la hihi spa la nk mkn hihi

ati said...

Salam Ita. .
Petang td buat kuih ni ikut recipe you. . Rasa dia mmg sedap. . Tp susah nk bentuk tuk goreng. . Takut nk tambah tepung takut keras. . Apa2 pn walau pn rupa kemek sana sini. . Tp rasa dia sgt sedap. . Tq for the recipe :)

siti aminah said...

Assalamualaikum..kak nak tanye..kalau perap tu kene letak dlm peti ais ke?

Anonymous said...

Sy dh buat..perap 6 jam..xjd..rupa ad lh cuma tekstur die xjd

ati said...

Salam.. saya dh buat kueh ni, ikut recepi ni 3 kali dh.. 1st time jadik... cuma adunan terlalu lembik.. proceed jugak, hasilnya.. rasa dia mmg mabeles.. even kueh dh di simpan 2 hari, tetap lembut... tp the next time try bler goreng dia jadi pecah.. mungkin quality tepung tak sama...

Post a Comment