JADUAL KELAS MASAKAN DI TELUK INTAN, PERAK DI ITA ROHAYA BAKERY-012-5323552

JADUAL KELAS MASAKAN DAN HIASAN KEK DI ITA ROHAYA BAKERY TELUK INTAN

Salam semua. Ramai yg sms/inbox kat fb bertanya jadual kelas dan harga kelas di ita rohaya bakery. Ok kat sini ita senaraikan semua harga kelas yg akan ita anjurkan ya. Tarikhnya InsyaAllah ita akan bgtau kemudian.
1.Kelas aneka talam part1-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan 2 resepi free. 1.Talam keladi 2.Talam sekoteng 3.Talam cendol 4.Talam roti paun 5.Talam jagung 6.Talam suji 7.Talam puding marble 8.Talam gula merah 9.Talam tokyo 10.Serimuka pandan dan 2 resepi free

2.Kelas aneka talam part2-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan bingka dan 2 resepi free. 1.Talam ubi kayu 2.Talam sago banjar 3.Talam labu berlauk 4.Talam mak dara 5.Bingka ubi 6.Bingka labu 7.Bingka tepung beras 8.Koleh kacang 9.Kasui Nyonya 10.Serimuka pulut hitam dan 2 resepi free

3.Kelas aneka tart-RM120 Hands on
Module- 5 jenis tart 1.Cheese tart 2.Egg tart 3.Fruit tart 4.Coconut Tart 5.Coklat tart

4.Kelas hiasan kek kahwin-RM200 Hands on
Module- Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan utk bunga. Hias kek dr kek kosong hingga kek menjadi cantik. sebiji kek yg telah di hias akan di bawa pulang

5.Kelas hiasan kek coklat ganache-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 bancuhan coklat utk hias kek dan utk buat bunga. Hias kek sehingga menjadi kek coklat yg penuh dgn coklat.

6.Kelas hiasan kek steambuttercream 2 tingkat-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan bunga. Di ajar cara steamkan cream dan cara2 salut kek dan hias kek. sebiji kek akan di bawa pulang.

KELAS KEK KARAMEL DEMO & PERSONAL KELAS

Assalamualaikum....



4 org yg hadir (Aida, Ani, Kawan Ani(maaf lupa nama) dan Ju)
Hari ni update ttg kelas baru2 ni iaitu kelas kek karamel. Mula2 buat kelas demo yg di hadiri oleh 4 org( Ju dr Pantai Remis, Aida, Ani dan kawannya dr T I dr JPJ.  Kelas demo ni semuanya cikgu yg buat tp masih boleh nak tolong sikit2(no hal la)

Cuti raya haji baru ni adik Ita yg no 4 Teh(uda) balik Teluk Intan bawak balik semua perkakas baking yg baru dia beli(oven, mixer, penimbang, loyang dll), dia nak bljr buat kek karamel sebab dia dan hubby suka makan. Maka kena buat kelas personal utknya



adikku Teh ngan mixer dan penimbang barunya

abah Ita pun pelik asyik kek ni ja org tempah.

teh in action. jgn tak caya ko jah

Hari selasa(semalam) Kak Jamaliah dr Langkap dtg bljr kek karamel secara personal. Dia makan sebelum ni anak saudaranya aishah bwk sepotong. tak cukup katanya. Itu yg dia dtg terus bljr dan taknak kelas demo.

Add caption




Kak Jamaliah


Terima kasih semua ya

BREAD & BUTTER PUDING TERBAIK CHEF ASMA-RESEPI 5*


Assalamualaikum...Selamat malam kawan alam maya

Mood hari ni tersgt rajin la pulak nak update blog.Siap taip resepi lagi. Kat Teluk Intan sekarang ni tiap2 hari hujan jadi tak boleh nak keluar sgt termasuk la anak2 terperuk je kat rumah. Apa lagi tak habis2 kartun ja tengoknya.

puding roti dlm bekas2 kecik2. Bila nak makan baru bubuh  sos vanilla yg sangat sedap la rasanya



puding roti yg di bakar dlm bekas besar tanpa sos
ini gambar masa kelas. chef tgh menuang isi filling kastard sebelum di bakar.

Hari ni masa hujan tgh lebat tadi teringat2 kat puding roti resepi Chef Asma yg tersangat la sedapnya. Resepi Bread & Butter Pudding Chef Asma mmg kelas dan 5* la rasanya. Ita join kelas puding masa bulan Januari tahun ni. Ramai juga peserta masa tu, ada peserta yg datang dr jauh2. Masa kelas berjalan tiba2 muka chef berubah sebab ada seorg lelaki yg tak berapa 'sihat' masuk ke dalam kelas dan membuatkan kami semua rasa takut.(maklum la masa tu takde seorg lelaki pun dlm tempat tu kebetulan suami chef pun keluar). Nasib baik ada salah seorg peserta yg agak berani bangun terus suruh org tu keluar, susah jugak nak buat dia keluar. Banyak resepi yg best2 dalam kelas Chef Asma, mmg berbaloi la berguru ngan Chef ni. Tak kedekut ilmu langsung.
sebelum dibubuh filling kastard utk dibakar
















Menurut Chef puding ni kesukaan Dato Siti Nurhaliza, mmg patut pun sebab sedap sgt. Chef juga ada ajar klu nak buat dlm loyang yg besar cuma gandakan bahannya shj.


Ok moh kita layan resepinya dulu.

Bread & Butter Pudding
Sumber : Kelas Puding Chef Asma

Bahan2
(A)
10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
250g butter
250g kismis
serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

(B) Filling kastard
1 liter fresh milk
200g gula castor
10 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara2nya:
1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Cara2 buat filling:
1.Campurkan kesemua bahan
2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

Vanilla Sauce
Bahan2
(A)
1 liter fresh milk
200g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla

(B)
40g custard powder
250ml air

Cara2nya:
1. Panaskan baha(A) sehingga mendidih
2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)



puding roti bersama sos vanilla yg waaaalllllllaaaa sedapnya. tak percaya cubalah 



TEMPAHAN MINGGU NI. ALHAMDULILLAH

Salam semua.

 Alhamdulillah Ita Rohaya Bakery sudah mula diterima di sekitar
Teluk Intan. Walaupun tak sehebat masa di Ipoh tp ita masih bersyukur sudah mula mendapat tempahan kuih talam, kek dan cup kek. Ini adalah antara yg sempat ita ambik gambar. Maaf ada juga kek dan kuih yg terlupa nak snap gambar. Layan ja ya gambar yg ada.
sticker baru, terbesar la pulak. murah sgt 180pcs rm20 utk size ni. 

talam keladi

talam cendol

kek hantaran tunang order dr kak Aida

kek karamel tempahan jiran sekampung yg terjumpa kat fb. Linda



cup kek red velvet utk hantaran tunang order dr kak Aida


Terima kasih semua yg order ngan Ita Rohaya Bakery.

KELAS PERTAMA ITA ROHAYA BAKERY DI TELUK INTAN-7.10.2012

Assalamualaikum semua....

Memang teruk betul la Ita ni, nak update blog pun malas sgt. Bukan takde masa tp mcm2 alasan bagai la di beri.( hehehe lebih pada Fb ja). Sejak balik Teluk Intan terasa sgt sunyi hidup tanpa rakan sekerja, tanpa rakan2 bakers kat Ipoh dan jarang dapat attend kelas2 masakan yg best2( jeles, jeles, jelessssssnya).

Ahad 7.10.2012 baru ni Ita buat kelas pelbagai talam part1(10 jenis kuih talam) kat sini. Seramai 7 org yg dtg utk belajar. Alhamdulillah selesai dgn jayanya.

Sebelum balik kenalah bergambar dulu ngan semua peserta. Terima kasih semua

lepas 2 hari ada yg menelefon dah dpt order. Alhamdulillah...
Bagi semua yg hadir jgn lupa selalu mencuba ja takut jadi lupa terus nanti. Ada yg dah dapat pengukus yg order tu apa lagi terus mencuba ya. Byeeee