JADUAL KELAS MASAKAN DI TELUK INTAN, PERAK DI ITA ROHAYA BAKERY-012-5323552

JADUAL KELAS MASAKAN DAN HIASAN KEK DI ITA ROHAYA BAKERY TELUK INTAN

Salam semua. Ramai yg sms/inbox kat fb bertanya jadual kelas dan harga kelas di ita rohaya bakery. Ok kat sini ita senaraikan semua harga kelas yg akan ita anjurkan ya. Tarikhnya InsyaAllah ita akan bgtau kemudian.
1.Kelas aneka talam part1-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan 2 resepi free. 1.Talam keladi 2.Talam sekoteng 3.Talam cendol 4.Talam roti paun 5.Talam jagung 6.Talam suji 7.Talam puding marble 8.Talam gula merah 9.Talam tokyo 10.Serimuka pandan dan 2 resepi free

2.Kelas aneka talam part2-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan bingka dan 2 resepi free. 1.Talam ubi kayu 2.Talam sago banjar 3.Talam labu berlauk 4.Talam mak dara 5.Bingka ubi 6.Bingka labu 7.Bingka tepung beras 8.Koleh kacang 9.Kasui Nyonya 10.Serimuka pulut hitam dan 2 resepi free

3.Kelas aneka tart-RM120 Hands on
Module- 5 jenis tart 1.Cheese tart 2.Egg tart 3.Fruit tart 4.Coconut Tart 5.Coklat tart

4.Kelas hiasan kek kahwin-RM200 Hands on
Module- Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan utk bunga. Hias kek dr kek kosong hingga kek menjadi cantik. sebiji kek yg telah di hias akan di bawa pulang

5.Kelas hiasan kek coklat ganache-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 bancuhan coklat utk hias kek dan utk buat bunga. Hias kek sehingga menjadi kek coklat yg penuh dgn coklat.

6.Kelas hiasan kek steambuttercream 2 tingkat-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan bunga. Di ajar cara steamkan cream dan cara2 salut kek dan hias kek. sebiji kek akan di bawa pulang.

BREAD & BUTTER PUDING TERBAIK CHEF ASMA-RESEPI 5*


Assalamualaikum...Selamat malam kawan alam maya

Mood hari ni tersgt rajin la pulak nak update blog.Siap taip resepi lagi. Kat Teluk Intan sekarang ni tiap2 hari hujan jadi tak boleh nak keluar sgt termasuk la anak2 terperuk je kat rumah. Apa lagi tak habis2 kartun ja tengoknya.

puding roti dlm bekas2 kecik2. Bila nak makan baru bubuh  sos vanilla yg sangat sedap la rasanya



puding roti yg di bakar dlm bekas besar tanpa sos
ini gambar masa kelas. chef tgh menuang isi filling kastard sebelum di bakar.

Hari ni masa hujan tgh lebat tadi teringat2 kat puding roti resepi Chef Asma yg tersangat la sedapnya. Resepi Bread & Butter Pudding Chef Asma mmg kelas dan 5* la rasanya. Ita join kelas puding masa bulan Januari tahun ni. Ramai juga peserta masa tu, ada peserta yg datang dr jauh2. Masa kelas berjalan tiba2 muka chef berubah sebab ada seorg lelaki yg tak berapa 'sihat' masuk ke dalam kelas dan membuatkan kami semua rasa takut.(maklum la masa tu takde seorg lelaki pun dlm tempat tu kebetulan suami chef pun keluar). Nasib baik ada salah seorg peserta yg agak berani bangun terus suruh org tu keluar, susah jugak nak buat dia keluar. Banyak resepi yg best2 dalam kelas Chef Asma, mmg berbaloi la berguru ngan Chef ni. Tak kedekut ilmu langsung.
sebelum dibubuh filling kastard utk dibakar
















Menurut Chef puding ni kesukaan Dato Siti Nurhaliza, mmg patut pun sebab sedap sgt. Chef juga ada ajar klu nak buat dlm loyang yg besar cuma gandakan bahannya shj.


Ok moh kita layan resepinya dulu.

Bread & Butter Pudding
Sumber : Kelas Puding Chef Asma

Bahan2
(A)
10 keping roti(secukupnya lebihkan pun takpe)
250g butter
250g kismis
serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj

(B) Filling kastard
1 liter fresh milk
200g gula castor
10 biji telur
1 tsp esen vanilla

Cara2nya:
1.Sapu acuan dgn butter & potong tepi roti(jgn di buang)
2.Sapu roti ngan butter & susun roti dlm acuan.
3.Setiap lapisan tabur kismis & serbuk kulit kayu manis
4. Buat sehingga beberapa lapisan & tuangkan filling (bahan B).
5.Letak butter pada lapisan terakhir dan biarkan adunan sebentar sehingga roti tu lembut.
6. Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Cara2 buat filling:
1.Campurkan kesemua bahan
2. Tuangkan keatas roti & biarkan roti lembut.

Vanilla Sauce
Bahan2
(A)
1 liter fresh milk
200g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla

(B)
40g custard powder
250ml air

Cara2nya:
1. Panaskan baha(A) sehingga mendidih
2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)



puding roti bersama sos vanilla yg waaaalllllllaaaa sedapnya. tak percaya cubalah 



5 comments :

Anita said...
This comment has been removed by the author.
Anna Qawina said...

Aslmkm Puan..t.kasih untuk resepi. saya dah cuba, sedapp

Anonymous said...

i think the resipi is great!!!!!!!!
it even looks so delicious

Anonymous said...

Thank you for sharing. May Allah bless u :)

ummi auni said...

Sangat sedap dan yang paing pentig, SEDAPPPP....tadi buat untuk majlis hari lahir anak buah. Walaupun i dtg lambat 2 jam, tapi puding roti ni lah yg habis dulu. Tq for sharing....semoga Allah akan membalasnya.

Post a Comment