JADUAL KELAS MASAKAN DI TELUK INTAN, PERAK DI ITA ROHAYA BAKERY-012-5323552

JADUAL KELAS MASAKAN DAN HIASAN KEK DI ITA ROHAYA BAKERY TELUK INTAN

Salam semua. Ramai yg sms/inbox kat fb bertanya jadual kelas dan harga kelas di ita rohaya bakery. Ok kat sini ita senaraikan semua harga kelas yg akan ita anjurkan ya. Tarikhnya InsyaAllah ita akan bgtau kemudian.
1.Kelas aneka talam part1-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan 2 resepi free. 1.Talam keladi 2.Talam sekoteng 3.Talam cendol 4.Talam roti paun 5.Talam jagung 6.Talam suji 7.Talam puding marble 8.Talam gula merah 9.Talam tokyo 10.Serimuka pandan dan 2 resepi free

2.Kelas aneka talam part2-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan bingka dan 2 resepi free. 1.Talam ubi kayu 2.Talam sago banjar 3.Talam labu berlauk 4.Talam mak dara 5.Bingka ubi 6.Bingka labu 7.Bingka tepung beras 8.Koleh kacang 9.Kasui Nyonya 10.Serimuka pulut hitam dan 2 resepi free

3.Kelas aneka tart-RM120 Hands on
Module- 5 jenis tart 1.Cheese tart 2.Egg tart 3.Fruit tart 4.Coconut Tart 5.Coklat tart

4.Kelas hiasan kek kahwin-RM200 Hands on
Module- Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan utk bunga. Hias kek dr kek kosong hingga kek menjadi cantik. sebiji kek yg telah di hias akan di bawa pulang

5.Kelas hiasan kek coklat ganache-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 bancuhan coklat utk hias kek dan utk buat bunga. Hias kek sehingga menjadi kek coklat yg penuh dgn coklat.

6.Kelas hiasan kek steambuttercream 2 tingkat-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan bunga. Di ajar cara steamkan cream dan cara2 salut kek dan hias kek. sebiji kek akan di bawa pulang.

KOLEH KACANG YG MENAWAN RASA TEKAK

Assalamualaikum.....

Lama tak update apa2 dalam blog dek sibuk ngan perpindahan dan pejabat nak tutup. Letih rasanya baru lepas kelas talam dan bingka part2 yg dah lama tak buat. Alhamdulillah semua dah selesai dah merupakan kelas terakhir di Ipoh. Sedih rasanya bila ingatkan nak tinggalkan Ipoh yg byk kenangan.

ok hari ni Ita nak masukkan resepi koleh kacang yg Ita rasakan paling sedap yg Ita pernah makan( sebenarnya Ita tak suka pun). Resepi ni ita belajar masa kelas ngan ChefAsma dulu. Sesiapa yg kenal Chef pasti tahukan semua resepi beliau mmg terbaik punya.

Ok moh kita tengok resepi

Kole kacang yg dah siap pack utk peserta bawa balik
KOLEH KACANG
Sumber: Kelas Chef Asma

BAHAN2
(A)
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan

(B)
300gram tepung kacang hijau (ita guna jenama Baba's)
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air

Cara2
1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)

4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

TAHI MINYAK & CARA2NYA
300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan pai perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat