Resepi Kuih Peneram aka Telinga Keling yg paling sedap(bg Ita la)

Salam semua....
rupa tiada tp rasa alhamdulillah. lain kali akan cuba perbaiki teknik membentuknya

Hari ni terajin sikit update blog, bukan apa kesian kat blog ni tak berupdate langsung. Nampak tak gambar kuih tu. Kuih tu sebenarnya dulu2 ita tak suka makan sebab tgk rupanya yg hitam tu. Tapi sejak Abang(Long) pada abah ita bawak ke rumah kami satu masa dulu terus jatuh suka kat kuih ni. Masa tu dia bgtau kuih tu jiran dia Makcik Enah yg bagi. Ketika tu tak pernah ambik tau mcm mana nak buat atau nak tanya resepi ke, yg tau makan ja. Sekarang ni selalu beli kat byk tempat tp tak pernah dapat rasa yg sama mcm Makcik Enah buat, ada yg keras sgt la, manis sgt la, tak kena pada tekak(tekak Ita la ya.hehehe).

9.9.2012 hari tu Ita p kenduri kat Kuala Selangor kahwin cucu Long(Abg pd abah Ita) terjumpa la ngan Makcik Enah yg buat kuih ni yg Ita suka sgt tu. Apalagi ita bodek la resepinya, Alhamdulillah dia pun kongsikan ngan Ita resepi yg mudah sgt rupanya

Mula2 buat tu takut jgk tak jadi sebab ambik resepinya tak tanya lebih2 mcm la pandai sgt nak buat sebab mcm lembik ja adunan tu. Pesan makcik Enah bancuh awal perap dlm 6-7 jam dulu, klu nak goreng pagi bancuh adunan tu mlm.Lepas 7 jam tu tgk alamak lembik lagi adunan ni, dlm hati habis la kuih aku ni. Tu la pandai sgt tak tanya habis2. Nak membentuk tak pandai lagi mcm mana, akhir sekali bantai aja la. Mula2 masyaAllah teruk betul rupa kuih aku, tp dah smpi 5 ketul baru la ada rupa sikit.

resepi idaman 

Ok mari kita teliti resepinya....

Kuih Peneram aka Kuih Telinga Keling
 Resepi: Makcik Enah (Terima kasih Makcik)

Bahan A
4 cawan tepung beras
2 tbsp tepung gandum

Bahan B
1 cawan gula merah
1 cawan gula kasar
1 cawan air

Cara2
1. Gaul sebati kedua2 tepung.
2. Masak semua bahan B sehingga gula hancur shj, jgn lama sgt.
3. Masukkan bahan B masa tgh panas2 tu ke dalam tepung tadi dan gaul dgn senduk hingga sebati.
4. Perap adunan tadi selama 6-7 jam
5. Panaskan minyak hingga betul2 panas sebab klu tak panas kuih jd tak cantik dan tak timbul masa menggoreng.
6. Masa menggoreng tu hati2 sebab kuih cepat jadi hangit sebab minyak panas sgt(pandai2 la kawal api jgn smpi kuih hitam legam ya)
7. Bentukkan kuih tu ikut suka la ya sebab ita pun tak berapa pandai sgt lagipun adunan yg lembit susah sikit nak bentuk.
 



Selamat Datang Teluk Intan

Assalamualaikum.

Menara condong Teluk Intan- gambar google ja tak sempat nak ambik gambar
Masya Allah lamanya tak berupdate blog. Sejak pindah ke Teluk Intan ni rasanya sibuk sgt dari bulan puasa dgn bazar ramadhan setiap hari hingga lah habis bulan syawal. Alhamdulillah terima kasih ya Allah dan  pada semua pelanggan Ita Rohaya Bakery semasa bazar ramadhan yg lepas dan juga yg order utk jamuan2 hari raya yg lepas.

Sunyi rasanya lepas tak berkerja ni tambahan dah balik ke T Intan ni. Huhuhu kawan2 pun baru nak di cari termasuklah kawan2 sekolah. Kenal lagi ke diaorg semua tu. Masalah besar bg ita kat sini yg paling ketara sekali pulak nak dapatkan bahan2 mentah utk baking. Terpaksa menyusahkan kawan(terima kasih yaAzira) dan adik(terima kasih ya Ham) kat Ipoh utk beli brg dan poskan melalui bas.

Ok mari kita tgk gambar2 menara condong yg Ita ambik baru2 ni. Yg lawaknya hanya ambik gambar dlmnya shj, gambar kat luarnya tak diambik sebab terlalu ramai sgt org hari sebab ada hari explorace kat situ.

Pintu masuk

tingkat satu. hanya ada frame2 gambar lama yg menarik

ini tangki air. dlm ada byk duit syiling(org ramai yg masukkan)

pandangan dr tingkat 2

ruangan yg kosong








 
masa ni ada pertunjukkan cara menampi padi cara dulu2. pandai ke kita ya

perbezaan padi dan yg ada isi dan yg kosong(sekam)




nyiru padi gunanya utk menampi padi