TALAM MAK DARA

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni masih dalam mood rajin update blog dan masukkan resepi ni. Talam mak dara antara kuih talam moden favourite Ita. Tak semua kuih talam moden yg Ita belajar Ita suka makan. Dari pengalaman Ita berniaga di bazar ramadhan selama 2 tahun di pekan Teluk Intan ni membuat Ita faham selera orang  melayu kita ni. Tak semua kuih talam yg di moden kan dan cantik2 diterima tekak orag kita ni. Masa berniaga Ita buat pelbagai talam sampai 15 jenis 1 hari tapi pilihan utama tetap talam2 yg biasa2 saja macam serimuka pandan, serimuka gula merah, kole kacang, talam suji, talam cendol, talam keladi. Bukan maksud Ita semua talam moden tak dapat permintaan tapi kalau ada yg beli utk mencuba shj, Esoknya tetap beli yg biasa tu jugak. Dari pemerhatian Ita kuih2 tradisional seperti kuih talam ni lebih sedap klu ada penggunaan gula merah. Samalah macam kuih talam mak dara ni. Kalau makan memang tak cukup 1 potong.

  Kalau ada yang ada niat nak tanya Ita kenapa nama kuih ni Talam Mak Dara, maaf la ya Ita takde jawapannya. Ita belajar kuih ni masa di kelas talam part2 bersama Chef Asma di Puchong beberapa tahun lepas. Lupa pulak nak tanya kenapa namanya macam tu.

Ok takpe nama tak penting asalkan rasanya tetap meletooop. Moh kita tengok resepinya dan jangan lupa mencuba ya.

rupa paras jika diterbalikkan. lapisan ada potongan keledek oren utk mencantikkan


TALAM MAK DARA
(kelas talam part2-Chef Asma)

LAPISAN BAWAH
150gram tepung beras
20gram tepung grean pea
250ml santan pekat
450ml air
1/2tsp garam
50gram gula halus

150gram ubi keledek oren-dipotong dadu dan rebus hingga empuk

Cara2
  1. Satukan semua bahan kecuali keledek dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap dan tuangkan ke dalam loyang
  3. kukus selama 20 minit

LAPISAN TENGAH
(A)
520gram ubi kayu- di parut dan tapis airnya. Ambil sagunya jika ada

(B)
100gram gula merah
150gram gula halus
100ml santan pekat
200ml air
1 helai daun pandan
pewarna coklat-tambahan

Cara2
  1. Masak semua bahan (B) hingga gula larut dan tapiskan ke dalam periuk.
  2. masukkan ubi kayu ke dalm periuk dan masak hingga pekat
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS.
60gram tepung gandum
60gram tepung beras
150ml santan pekat
350ml air
70gram gula halus
1 biji telur
1/2tsp garam
1/4 tsp pewarna oren

Cara2
  1. Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalm periuk.
  2. Masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan tengah
  3. Kukus selama 25 minit

selepas keluar dari loyang




CEKODOK PISANG RANGUP MAK MERTUAKU

Assalamualaikum semua pengunjung. Maaf sgt2 sebab dah lama tak update blog ni( hampir 7 bulan), sibuk yg tak pernah habis2. Sebenarnya banyak resepi yg Ita nak letak kat blog ni tapi masa nak mengadap komputer ni amat terbatas. Ita seorang surirumah tapi dalam masa yg sama sibuk terima tempahan kuih, kek dan macam2 lagi termasuk durian crepe. Terima kasih buat warga Teluk Intan yg menjadi pelanggan setia Ita. Alhamdulillah sejak berhenti dari kerja rezeki tak pernah putus utk kami sekeluarga, terima kasih ya Allah.

Cekodok rangup dan gebu 
Hari ni Ita nak letak resepi istimewa rahsia mak mertua Ita masa berniaga dulu2 tapi resepi yg tak glamour la ya hari ni sebab cekodok pisang ja. Tapi jangan ingat cekodok pisang biasa sebab cekodok ni lain dari yag lain sebab ianya rangup kat luar dan gebu kat dalamnya. Penggunaan tepung pun tak macam cekodok biasa yg biasa orang buat sebab mak mertua guna campuran tepung gandum dan beras. Errmm lain kan. Percayalah memang sedap sebab cekodok ni favourite anak2 Ita dan semua anak saudara Ita. Klu sekali buat mesti kena buat banyak dan cepat ja licinnya, berbeza klu buat cekodok guna tepung gandum ja lansung anak2 tak pandang. Mungkin anak2 suka sebab ada rangup2 tu.

Ok kat sini Ita letak resepinya ngan gambar2 secara ringkas macam mana nak buatnya

CEKODOK PISANG MAK MILAH(MAK MERTUA ITA)

500g pisang siap di lenyek ( Ita suka sgt guna pisang awak, cth mcm dlm gmbr klu x kenal pisang awak) )
80g tepung beras
80g tepung gandum
1/2tsp soda
2tbsp gula(nak tmbh sikit pun boleh)

CARA
1.Panaskan minyak. Sebatikan pisang, tepung dan soda dlm bekas. 
2.Bila minyak dah panas baru masukkan gula dan gaul sebati. 
3.Minyak jgn terlalu panas nanti cepat hangus.
4.Buatkan bulat2 adunan macam buat cekodok biasa jgk. Goreng sampai masak.
5. Dah masak cekodok agak lembut, biarkan agak2 sejuk sikit baru makan dan terasa rangupnya.

TIPS:- 1.TUJUAN GULA DI MASUKKAN AKHIR ADALAH UTK MERANGUPKAN TEKSTUR CEKODOK ANDA. INGAT JGN MASUKKAN GULA TU AWAL NANTI TAK RANGUP SGT. 

TIPS:- 2. UTK MENDAPAT BENTUK CEKODOK YG COMEL BULAT2NYA, LEPAS MASUKKAN DLM KUALI, GUNA SUDIP GELEK2 SECARA PERLAHAN DI PERMUKAAN CEKODOK TU(KLU X FAHAM ADA GAMBAR CTH ITA BG)


cth pisang "awak" yg Ita gunakan. Adunan nampak keras sikit dari adunan yg menggunakan tepung gandum. Guna sudip utk mendapatkan bentuk cekodok yg bulat2 bentuknya.



ANDA PASTI TAK MENYESAL KLU MENCUBANYA. SEKIAN