TALAM MAK DARA

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni masih dalam mood rajin update blog dan masukkan resepi ni. Talam mak dara antara kuih talam moden favourite Ita. Tak semua kuih talam moden yg Ita belajar Ita suka makan. Dari pengalaman Ita berniaga di bazar ramadhan selama 2 tahun di pekan Teluk Intan ni membuat Ita faham selera orang  melayu kita ni. Tak semua kuih talam yg di moden kan dan cantik2 diterima tekak orag kita ni. Masa berniaga Ita buat pelbagai talam sampai 15 jenis 1 hari tapi pilihan utama tetap talam2 yg biasa2 saja macam serimuka pandan, serimuka gula merah, kole kacang, talam suji, talam cendol, talam keladi. Bukan maksud Ita semua talam moden tak dapat permintaan tapi kalau ada yg beli utk mencuba shj, Esoknya tetap beli yg biasa tu jugak. Dari pemerhatian Ita kuih2 tradisional seperti kuih talam ni lebih sedap klu ada penggunaan gula merah. Samalah macam kuih talam mak dara ni. Kalau makan memang tak cukup 1 potong.

  Kalau ada yang ada niat nak tanya Ita kenapa nama kuih ni Talam Mak Dara, maaf la ya Ita takde jawapannya. Ita belajar kuih ni masa di kelas talam part2 bersama Chef Asma di Puchong beberapa tahun lepas. Lupa pulak nak tanya kenapa namanya macam tu.

Ok takpe nama tak penting asalkan rasanya tetap meletooop. Moh kita tengok resepinya dan jangan lupa mencuba ya.

rupa paras jika diterbalikkan. lapisan ada potongan keledek oren utk mencantikkan


TALAM MAK DARA
(kelas talam part2-Chef Asma)

LAPISAN BAWAH
150gram tepung beras
20gram tepung grean pea
250ml santan pekat
450ml air
1/2tsp garam
50gram gula halus

150gram ubi keledek oren-dipotong dadu dan rebus hingga empuk

Cara2
  1. Satukan semua bahan kecuali keledek dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap dan tuangkan ke dalam loyang
  3. kukus selama 20 minit

LAPISAN TENGAH
(A)
520gram ubi kayu- di parut dan tapis airnya. Ambil sagunya jika ada

(B)
100gram gula merah
150gram gula halus
100ml santan pekat
200ml air
1 helai daun pandan
pewarna coklat-tambahan

Cara2
  1. Masak semua bahan (B) hingga gula larut dan tapiskan ke dalam periuk.
  2. masukkan ubi kayu ke dalm periuk dan masak hingga pekat
  3. Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS.
60gram tepung gandum
60gram tepung beras
150ml santan pekat
350ml air
70gram gula halus
1 biji telur
1/2tsp garam
1/4 tsp pewarna oren

Cara2
  1. Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalm periuk.
  2. Masak hingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan tengah
  3. Kukus selama 25 minit

selepas keluar dari loyang




0 comments :

Post a Comment