JADUAL KELAS MASAKAN DI TELUK INTAN, PERAK DI ITA ROHAYA BAKERY-012-5323552

JADUAL KELAS MASAKAN DAN HIASAN KEK DI ITA ROHAYA BAKERY TELUK INTAN

Salam semua. Ramai yg sms/inbox kat fb bertanya jadual kelas dan harga kelas di ita rohaya bakery. Ok kat sini ita senaraikan semua harga kelas yg akan ita anjurkan ya. Tarikhnya InsyaAllah ita akan bgtau kemudian.
1.Kelas aneka talam part1-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan 2 resepi free. 1.Talam keladi 2.Talam sekoteng 3.Talam cendol 4.Talam roti paun 5.Talam jagung 6.Talam suji 7.Talam puding marble 8.Talam gula merah 9.Talam tokyo 10.Serimuka pandan dan 2 resepi free

2.Kelas aneka talam part2-RM150 Hands on
Module- 10 jenis kuih aneka talam dan bingka dan 2 resepi free. 1.Talam ubi kayu 2.Talam sago banjar 3.Talam labu berlauk 4.Talam mak dara 5.Bingka ubi 6.Bingka labu 7.Bingka tepung beras 8.Koleh kacang 9.Kasui Nyonya 10.Serimuka pulut hitam dan 2 resepi free

3.Kelas aneka tart-RM120 Hands on
Module- 5 jenis tart 1.Cheese tart 2.Egg tart 3.Fruit tart 4.Coconut Tart 5.Coklat tart

4.Kelas hiasan kek kahwin-RM200 Hands on
Module- Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan utk bunga. Hias kek dr kek kosong hingga kek menjadi cantik. sebiji kek yg telah di hias akan di bawa pulang

5.Kelas hiasan kek coklat ganache-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 bancuhan coklat utk hias kek dan utk buat bunga. Hias kek sehingga menjadi kek coklat yg penuh dgn coklat.

6.Kelas hiasan kek steambuttercream 2 tingkat-RM250 Hands on
Module-Bancuh 2 jenis buttercream utk salut kek dan bunga. Di ajar cara steamkan cream dan cara2 salut kek dan hias kek. sebiji kek akan di bawa pulang.

CHOC MOUSSE CHEESE KEK

Assalamualaikum...

Sebenarnya ita ni mmg suka sgt makan cheese kek tp mesti cheese yg ada tambahan bercoklat atau yg ada filling sikit, klu tak muak cepat muak. Tahun 2009 dulu ita teringin nak cuba buat cheese kek yg senang, dapatlah resepi dari myreepi alma iaitu cotton japanese cheese kek yg dah ramai cuba tu.rasa sikit tp dlm hati berkata ' klu tambah coklat ni mesti sedap' terus google cari resepi coklat mousse dr damnmachine myresepi  dan smpi sekarang melekat ngan resepi ni sebab sedap sgt.

kejadian di dalam kek.

kek ni buat utk kawanku ema yg byk membantu ita masa susah dulu tp sayang lastnya dia tak merasa la pulak. sorry emma


sepotong yg mmg tak cukup.


Cotton Soft Japanese Cheesecake 

sumber : alma (myresepi)

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  •  
  • Bahan B:
  • 120g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
Chocolate mousse:
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)
Cara2Chocolate mousse:
  1. Pukul whip cream sehingga betul2 gebu dan masukkan semua bahan utk mousse. Pukul sehingga sebati.Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je.
Cara- nya
  1. Potong kek  kepada 3 lapisan.
  2. bahagikan mousse kpd 3.
  3. letakan kek lapisan pertama , sapukan 1 bahagian mousse , letakkan  kek lapisan kedua dan seterusnya.
  4. lebihan mousse sapukan sekeling kek . simpan kek yg siap dilapisi mousse ke dalam petiais sekurang2nya 30 minit.
Utk topping ganache cara ita senang je. Siapa nak cuba blh guna. Sesuai utk org niaga.
300gram coklat masakan-potong kecil2
100gram susu cair-ita guna jenama cap teko
1 sudu butter
Cairkan coklat dan susu cair cara double boil. Bila semua dah cair baru masukkan butter. Tunggu sedikit sejuk baru tuang ke atas kek yg di sejukkan td.
* p/s: mousse yg disapu di sekeliling kek jgn di sapu terlalu tebal sgt sebab pernah terjadi ita buat topping meleret ke bawah bila mousse dah lembik  sikit.






ini pulak tempahan utk birthday

ini pulak di hadiahkan pada cikgu yg nak berpindah. tempahan dari jiran jugak
 Mmg cubaan ita kali ni tak sia2 dan terus dapat tempahan dr jiran dan kawan2 masa tu. ok sekarang meh kita cuba olah resepi yg biasa kita buat menjadi lebih sedap... huhuhuhu yummmmmy sgt

0 comments :

Post a Comment