ACAR BUAH (RESEPI MAK MERTUAKU)

Assalamualaikum semua....

Hari ni ita nak kongsi satu resepi turun temurun dari mak mertua ita 'MAK MILAH'(klu pernah masuk kelas ita mesti pernah jumpa dgn mak mertua ita, stg peserta panggil dia supervisor. hehehe). Ita ni bukan peminat acar buah ni sebab sebelum ni ita makan semua tak kena pada tekak ita. Lepas ita kahwin pernah sekali mak mertua ita buat dan suruh ita makan, ita bgtau dia ita tak minat makan acar buah. Mak mertua Ita kata rasalah dulu mana tau yg ni rasa serasi pulak. Nak jaga hati punya pasal makan la sikit, urppps  tersedap la pulak benda Allah ni, selalunya tak sedap dan terus meratah macam tu ja(byk pulak tu. Esoknya siap bawak utk kawan2 ofis lagi. Apalagi kawan2 semua suka....

Ok moh kita lihat resepinya ya. Resepi ni di tulis oleh kawan ita si Azarniza masa diaorg datang kerumah suruh Mak Milah ajarkan buat Acar Buah. Gambar2 ni pun masa kawan2 ita datang belajar kat rumah.

azarniza dan kak ju tgh tgk kuah dah pekat

mak mertua ita tgh tunjuk skill

selepas masukkan buah2an

azarniza dengan acar buah yg akan di bawak balik

inilah rupa acar buah mak milah yg menjadi buah mulut peserta yg dapat merasa semasa kelas. jadi mana yg dah merasa dan nak buat sendiri apalagi resepi dah diberi ....

ACAR BUAH MAK MERTUAKU


BAHAN-BAHAN ( Byk ni boleh buat kenduri 50org makan)





*Ketumbar ( biji Rempah)                           30gm               
*Jintan Manis                                           30gm                 
*Jintan Putih                                             30gm                                 
*Cili Kering                                             100gm
(* Goreng tanpa minyak(sangai) sampai garing, kisar hingga halus dan ayak.
Sos Cili (Mak guna Kimball)                      1 1/2kg
Bawang putih(biarkan sebiji2)                      >15 biji                       
Bawang merah(biarkan sebiji2)                     >15 biji
Halia (hiris 1/2inci)                                    >5 inci
Gula                                                        >dlm 2sudu besar(ikut kemanisan sendiri)   

Buah –buahan  Jeruk(Ikut  Pilihan sendiri)      >5kg   
(klu buahan jeruk ni ada halwa yg manis cth halwa kundur jgn bubuh gula)

Minyak masak                                            1 1/2kg-mmg banyak

CARA MEMBUATNYA

1.Tumis Bawang putih, bawang merah, halia,cili kering sehingga mendidih.

2.Kemudian masukan sos cili, jintan manis, jintan putih dan ketumbar(yg siap diayak) dan masak lagi  selama lebih kurang     1/2 jam.

3.Masukan halia kundur kemudian kacau sehingga sebati,

4.Masukan buah-buah jeruk yang keras.dan kacau sehingga empuk,

5.Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut dan kacau sehingga sebati. Tutup api.KLu rasa minyak  banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan rasa barulah boleh di makan.(tp klu tak sabar lepas masak tu dah boleh makan.

Bolehlah di hidang.


5 comments :

Kak Nor said...

ita mixer jenama trio tu brp harganya dan boluh tak digunakan utk menguli roti..

Anonymous said...

Salam...Saya dah cuba resepi 'Acar Buah Mak Mertuaku' ni. Memang sedap resepi ini. Terima Kasih kerana sudi berkongsi resepi.

Anonymous said...

Acar ni x perlu buh cuka ye?

Ita Rohaya Bakery said...

acar ni mmg tak guna cuka.

Wani said...

Salam. Iklankan produk/perkhidmatan Puan Ita di www.sohodirectory.blogspot.com. Capaian lebih dari 100 blog ahli akademi bekerja di rumah (www.akademibekerjadirumah.blogspot.com). Hubungi saya untuk tempahan iklan. http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Post a Comment