BINGKA BERAS NYONYA TERBAIK RASANYA - CHEF ASMA


Sepotong kuih bingka utk bekalan peserta bawak balik


Assalamualaikum semua pembaca2 yg selalu berkunjung ke blog Ita. Maaf sangat2 sebab bila dtg ke sini takde entry terbaru dr Ita. Terlalu banyak perkara yang menyedihkan yg berlaku akhir2 ni.Tapi alhamdulillah Ita reda dengan ketentuan qada dan qadar dan sentiasa positifkan diri.Pada seseiapa yg inbox Ita dan email kat  Ita minta izin copy dan  buat jual dgn resepi2 Ita letak kat sini Insyaallah Ita halalkan.

Mesti ramai peminat bingka tepung beras kan. Ita pun yg amat suka makan bingka ni tapi selalu kecewa setiap kali beli kat mana2 sebab tak pernah dapat rasa yg menepati selera tekak Ita. Sejak Ita pergi kelas Talam Part2 ngan Chef Asma, Ita rasa bingka tepung beras ni la yg paling menepati selera tekak Ita. Cukup segala rasa manis, lemak, lembut dan segala rasa keenakkan ada kat kuih ni. Kalau tak percaya cubalah resepinya mudah ja tak la banyak sangat bahannya.



Kuih bingka baru keluar dr loyang

Bagi sesiapa yg nak mencuba dan kalau rasa boleh buat jual silalah mencubanya ya. Takkan menyesal punya la sebab resepi dari Chef Asma tak pernah menghampakan. Memang terbaik la



BINGKA BERAS NYONYA
 Sumber: Kelas Talam Part2 Chef Asma

BAHAN2
250gram tepung beras
100gram tepung grean pea
380gram gula halus
1tsp garam
600ml santan pekat-300ml santan kotak+ 300ml santan pekat
1700ml air

Cara2
  1. Satukan semua bahan di atas dan tapiskan ke dalam periuk
  2. Masak hingga  agak pekat sikit 
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan baker pada suhu 170c-180c selama 1 jam 15 minit atau sampai masak( cucuk sikit dgn lidi klu melekat belum masak la maknanya)
  4. Sejukkan betul2 baru potong tau dan nampak cantik

NOTA: Acuan sapu marjerin dan lapik dgn kertas minyak yg sesuai.
Bakar jgn sampai kering kerana akan tertanggal. Apabila masak keluar dr oven dan sapu marjerin permukaannya(jgn sapu ngan butter ya nanti baunya tak sedapdan cantik permukaannya)




2 comments :

Pn. Ira said...

Assalam kak ita..
Nak tnye la..akak ade wat kelas bakery?Macam mane nak tau details ye..sy duduk t.intan.. :)

Ita Rohaya Bakery said...

w salam ira. mmg akak ada buat kelas bakery sebelum ni tp buat masa ni akak stop skjp sebab problem rumah masih byk pendawaian rosak. klu ira nak kelas personal akak masih terima. jadualnya terpulang pada pelajar sendiri pilih tarikh dan masa. klu nak bgtau awal seminggu

Post a Comment