ini gambar talam ubi kayu yg siap utk peserta bawak balik. mmg sedap resepi Chef Asma ni. |
Salam semua... Selamat petang... Kalau lah petang2 macam ni dapat makan kuih talam ubi kayu yg macam ni kan best.. Nak beli belum tentu sedap di tekak(bukanlah maksud kuih org lain tak sedap). Nak buat pulak skrg ni jiwa tgh kacau sgt. Hidup tgh gundah gulana memikirkan nasib mulai bulan julai ni sebab mula bulan 7 ni dah tak berkerja makan gaji. Tempat ita berkerja ni terpaksa bertukar tempat operasi ke Port Klang sepenuhnya(lebih kurang nak tutup cawangan Ipoh la) Ita buat keputusan utk berhenti sebab kesian kat anak2 yg masih kecik dan byk sgt masalah yg tak dpt nak diceritakan. Ya Allah kau kuatkanlah semangat dan jiwaku utk menempuh segala dugaanMu. Maknanya acara membaking ni akan menjadi acara tetap Ita setiap hari. Ok mari kita tgk resepi kuih talam ubi kayu yg sedap ni. Resepi ni adalah resepi Chef Asma, ita p bljr tahun lepas dan dah buat kelas part2.
Ok moh kita tgk resepinya ya.....
Sumber : Kelas Chef Asma Part2
TALAM UBI KAYU
LAPISAN BAWAH
700gram ubi kayu-(parut, tapis airnya dan ambik sagunya & timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250gram gula halus
sedikit pewarna kuning( lemon yellow + egg yellow)
Cara2
- Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
- Masak semua bahan2 sehingga pekat
- Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
100gram tepung beras
50gram tepung ubi
50ram tepung gandum
2tsp garam
200ml santan kotak
800ml air
Cara2
1.Satukan semua bahan2 dan tapis ke dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap’
3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
Talam Ubi yg baru keluarkan dr loyang. Guna loyang 10' X 10' dan dapat 64 ketui |
2 comments :
Salam ita..xpe jgn risau byk rezeki dibumi Allah ni yg pentinf usaha ok.. Jgn lupa tau trio steamer tu klu dah ada stok sms kam ye 019-5668566
Nak try ni..tgh buat. Tq resepi.
Post a Comment