Dessert yg menggamit lemak ke badan



Assalamualaikum....

 Huhuhu klu tgk gambar ni pasti ramai yg tergoda kan... Lepas tu moh kita ajak lemak dtg ke badan kita sekali. ermmmm jgn salahkan ita ya klu perkara tu terjadi... dessert ni ita belajar kat kedai baking The Best Food bulan April tahun lepas. Murah ja kelas nya RM35 utk 3 dessert. Tapi jgn tanya ita kat mana kedai baking tu sekarang ya sebab kedainya pun dah tutup. Apa2 pun moh kita layan gambar dan resepinya ya...



LOVER KISS (DESSERT)

A
300gm      BiskutDigestives    Hancurkan biskut dan satukan dgn butter cair dan
200gm      Butter (cairkan)       tekan padat dlm acuan ring.

B
3biji         Epal( Nak byk sikit pun boleh dan potong dadu)
50gm       Gula Halus + Air separas Gula shj
10gm       Serbuk Kulit Kayu Manis
2tsp         Tepung Jagung
1tbsp        Jus lemon

C
500gm       Cream cheese(cikgu guna Anchor)
50gm         UHT cream (cikgu guna Anchor)
250gm        Fresh Cream(Non Diary dan pukul hingga kental)
2 biji          Kuning telur (gred A)
1tbsp          Lemon jus

16gm      Gelatin     rendam gelatin dlm air sejuk hingga bekas boleh diterbalikkan
50gm      Air sejuk  lepas tu double boil hingga larut betul2(buat masa nak guna)

Cara2
  1. Hancurkan biskut satukan dgn butter cair dan tekan padat dlm acuan ring(tanpa tapak)
  2. Gula, serbuk kulit kayu manis, jus lemon dan air, masak hingga mendidih, masukkan tepung jagung dan kacau(jgn tutup api)
  3. Masukkan epal, gaul sebati hingga epal lembut sedikit dan tutup api.
  4. Masukkan epal td kedalam acuan berisi biskut(utk 2nd layer) dan padatkan.
  5. Satukan telur kuning dan UHT cream(diary) dan kacau sedikit shj ketepikan
  6. Pukul cream cheese hingga kembang, masukkan campuran telur dan cream tadi, pukul lagi hingga sebati
  7. Masukkan lemon jus, pukul hingga berkrim dan masukkan gelatin yg di double boil td masa tgh panas2 dan terus pukul hingga sebati dan berkrim.
  8. Masukkan fresh cream yg dah di pukul kental tadi dan gaul sebati menggunakan whisk shj.
  9. Masukkan adunan ke dlm acuan utk 3rd layer selepas epal tadi.
  10. Bubuh la apa2 hiasan yg  disukai dan simpan dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam.

* petua utk keluarkan adunan yg dah sejuk dr loyang ring pulak celupkan kain dlm air panas dan perah (morning towel pun boleh) dan lekapkan sekeliling ring. Dgn mudah ja kita boleh keluarkan ring dr adunan tu. Cubalah ya…..



2 comments :

~Pastries Delight~ said...

Salam kenal
dah lama dah intai tp tak sempat nak menyapa
nampak menarik desert tu nanti kita copy yer
bila nak buat tak tau lah

Ita Rohaya Bakery said...

SALAM KENAL JUGA. SORRY LMBT REPLY BARU NAK BELAJAR GUNA BLOG NI. BEST BLOG AWAK

Post a Comment